Hari ni tak busy :D [10/8/08]

Salam Semua,

Hehe, berbanding dengan hari2 semalam. Hari ni aku rileks skit la. Sebab ape?? Sebab Faheem buat kat dewan. So tak gaduh jadi bentera dah. Haha. Tak gaduh cuci pinggan/cawan/hidang. Kalau kena jadi bentera mmg penatlah~

Banyak aku belajar dari Faheem untuk aku menempuh perjalanan aku dalam membina masjid aku sendiri. Hehe. Poyo ja ayat. Tapi seronok dan penat tu mesti dikenang suatu hari nanti. Paling best part Faheem nya kawen ni bagi aku adalah part sesi foto. Tambah2 kalau Yusnida ada. Mmg dia buli habis sahabat baik dia Wan. Dan waktu sesi tu, Faheem banyak pasrah. Hehe. Sian Faheem :p

Kawan2 Perempuan dan Satyam ramai datang kat rumah wan zuriati. Sebelah Faheem pulak tak ramai sangat perempuannya. Ramai lelaki nya. Perangai tak ubah walau dah kerja kawan2 semua. Hehe :D. Kenduri aku? Tak expect semua kawan2 kat KL nih boleh turun. Jauh. Tak kisah, janji akad dan walimah berjalan lancar~


Kesimpulannya harini aku tak busy. Kenapa? Tgk jadual aku yang aku dapat tulis. :D
  • Bangun awal pagi dah tak tidur. Antara rekod hujung minggu yang boleh di banggakan.
  • Nak pergi awal untuk jadi technical team kenduri Faheem, tapi dapat message dari Faheem cakap pakcik dia akan ganti.
  • So pukul 12 aku siapkan batik jawa bakal bapak mertuaku kasik. Amik ana-huda-nurul dan konvoi dengan fad-reha. ;) bertolak dalam kul 1 lebih [dah mekap tu lambat la gerak :p]
  • Sampai kat UKM, jem bangat~! Menaikkan nafsu makan seko2 dalam kete
  • Kul 1.50 sampai kat dewan Faheem. Masuk dewan jap, bagi CD Audio kat technical team, Tinggalkan kawan2 kat dewan - jumpa Faheem.
  • Wah tengkolok lagik pengantin, siap ngan keris. Tetiba aku diminta membawa bunga manggar. Layan ja la~
  • Lepak kat dewan sampai pukul 3.40pm
  • Hantar tunang aku ngan osmet balik, aku terus balik rumah.
  • Rehat kat umah, blogging.
Simple je kan arini. Aku dapat berita baik masa nak gi kenduri Faheem. Cheque masuk tengah floating. 3-4 hari aku rasa lega skit. Duit lebih masuk. Yey~!




Regards,
TeMMon~

Ulasan

@naBest berkata…
Heh... asik gambo orang lain je...manekah gambo empunya blog ni??? Upload la gambo pengapit yg ensem tu!!! (~~,)V
M@YaZ berkata…
Bukan tanak upload. Tapi nanti orang cakap empunya blog ni dah kawen tak bgtau. :p

Catatan Popular