Tazkirah 7 Ramadhan

Salam Semua,

Solat terawih tadi. Aku serius dah lama tak gi Masjid dekat umah aku. Solat terawih kat sini yang bestnya dia baca al-quran, tapi tak baca panjang2. Terawih 20 rakaat. Tapi lepas 8 rakaat ramai yang balik. So Tuan Imam amik inisiatif untuk beri tazkirah lepas solat sunat terawih yang rakaat yang ke-8 tuh. Maka sebelum balik ramai la mendengar tazkirah dari Tuan Imam.

Memang kena batang idung aku tazkirah malam tadi. Dia cakap kat Malaysia ni pelik. Tapi bagusla sebab ada kesedaran dalam diri masing2. Apa yang peliknya? Tuan Imam cakap kat semua, rakyat Malaysia ni kalau solat sunat terkejar2 gi masjid (selain solat Jumaat). Parking full. Bagus. Tapi kena tukar tabiat tu. Solat Jemaah Fardhu tak ramai. Sepatutnya Solat Fardhu yang kita perlu kejar dan solat sunat di kemudiankan. Aiseh, sungguh terasa aku. Teringat aku kat Khutbah Jumaat lepas. Antara pemuda yang dijanjikan syurga adalah pemuda yang mendekatkan dirinya pada rumah Allah yakni Masjid. Ada kelapangan semuanya di Masjid. Hatinya tertaut di rumah Allah. Aku? masya-Allah, jauh dari masjid.

Satu lagi Tuan Imam masjid aku pesan tadi. Selain datang solat fardhu, berkenal2 la dengan semua khariah di kawasan kita. Sebagai contoh, semua kenal tuan imam, tapi tuan imam selain jadi imam, apakah yang dia lakukan? Sudah berkahwin kah tuan imam tersebut? Brapa orang anak? Rumah tuan imam di mana? Anda kenal betul kah tuan imam tu? Dalam hati aku jawab tentulah tidak ustaz. :S

Sejauh mana kita mengimarahkan masjid dikhariah kita? Sebagai umat terutamanya yang bernama lelaki, kita kena beruasa mengimarahkan. Walau tak boleh solat fadhu sepenuhnya 5 waktu di Masjid, tuan imam pesan agar Subuh, Maghrib dan Isya' dilakukan di Masjid khariah. Ini tidak, terawih baru tergerak hati ke masjid.

Astagfirullah-hal-azim~

Mari kita renung sama2. Aku jahil ni rasa sangat, makan dalam ngan kata2 tuan imam tadi. Terima kasih tuan imam kerana menyedarkan diri ni yang selalu sangat lupa. :s
Regards,
TeMMon~

Ulasan

Catatan Popular