Aku bakal bujang

Salam,

Walaupun berita ni aku anggap tak begitu kukuh. Tapi macam isteri aku cakap. "Its confirmed". Haha. Berita ni tak mengejutkan sebab aku dah mentally prepared sebab kerja kat kompeni yang opis berterabur seluruh dunia ni, tak semestinya anda duduk kat Malaysia ja. So apa2 pun, selagi tak dapat tiket kapal terbang, aku macam susah nak percaya dia akan terbang, walaupun mentally prepared. Ngehaha. Sape keje 3 bumbung ngan aku (kan ade 3 bangunan kan??) mesti tau kenapa aku cakap camtu.

Hari ni aku datang opis paling awal dalam sejarah selepas training dulu. kul 7.30 pagi. Guard pun terkejut. Wakaka. Semuanya kerana isteriku nak buat pasport ngan kengkawan dia. Ye la, takde pasport, camner nak fly keluar negara. Dia tak de pengalaman naik kapal terbang, aku plak tak mampu nak bawa dia naik kapal terbang. Tgk2 kompeni nak beri peluang naik kapal terbang dengan percuma. Harap jadi kenyataan. Ala 3 bulan je kan :p

Apa pun, aku nak plan terbang sana, walau untuk weekend, walau sekali dalam 3 bulan tu. Nak tengok gak tempat orang. Nak2 si isteri ada sana kan. Bestnya, dia gi sana dapat duit. Aku gi sana abih duit aku :p

Aku? Sekarang still idle, boss soh studi pasal telecommunication, tapi cam malas je bukak note2 kengkawan. Wakaka, kengkawan training masa aku kerja onsite. Nak studi sendiri macam kata la, term2 baru buat aku malas ngadap lama2.

Yosh, malas ngarut panjang. Mari bekerja~!

Regards,
TeMMon~

Ulasan

Hafeeny berkata…
Terbang ke mana?
Xpe jat, jauh dimata, tp dekat dihati..rindu2an la kamu nnt yer =p hehe.
LeLs berkata…
3 bulan je..

alaa...

jgn nagis ye jat..

huhu~
miszacasian berkata…
ijat..
toksah yakin sgt la..

bak kata jat, selagi takde tiket dpn mata..tok sah m'harap sgt la..

tp klau btul, alhamdulillah. =)

dugaan tuk org baru kawen..

tak per la..
nanti korang leh g 2nd honeymoon kt sana kan..
heheheh =P
M@YaZ berkata…
Iffah: terbang kemana2 pun takpa. Wakak. Bangalore. Now i must believe that i can fly too. Haha

Lels: A'ah, 3 bulan je kan. Hehe. Jap je. Tak nangih nye la.

wawa: ngehaha, mengharap jadi betul sebenarnya. Nak kasik dia rasa dok oberc. Nak bawa sendiri lambat lagi. Kalau gi pun Umrah/Haji je la kot. haha
@naBest berkata…
huhuhuhu... saye juge susah mau percaya. biase la, company xxx......huhuhu..

kalau betul,rusak plan ai after tamat kontrak ni. ampess..

paspod udah siap. (siap ade surat beranak baru lagi...), skang tgh buat visa. huhuhuhuhuhuhu

nanti datang lawat ai, tawww.... Ai banje capati..hehehehe
ViNiL berkata…
heheh cakap nak jalan2 kan.. noh sekali pi india mali... hahaha sangat bez.....
M@YaZ berkata…
isteriku: haha, nak gi balik naik MAS direct flight RM1780. Leh claims kat company XXX tak? wakakaka ..

ViNiL: ngehaha, first time naik flight tu. jom gempaq dia :p

Catatan Popular