Selamat berpuasa di tempat kerja baru~

Salam,

Puasa tahun ni nampak gaya ni tak dapat aku menguruskan badan seperti puasa2 tahun lepas. Bukan sebab orang lain la. Memang sebab nafsu makan tinggi. Tetiap hari isteri kesayangan masak kat rumah. Sape tahan nak makan skit2 kan. Walaupun mengandung lebih 9 bulan, tetap masak dan melakukan kerja2 rumah macam zaman tak mengandung nye dulu (ye ke? bukan dok serumah zaman anak dara dia :p)

Tadi lepas gi site one of gomernments department HQ kat putrajaya, derang suh buat security assesment kat site yang jauh. Sebab site HQ ni dah ada asessor sendiri yang derang lantik. So jawabnye, berjalan jauh la lepas ni. Antara cawangan yang kena redah ialah Shah Alam, Pelabuhan Klang, Banting, Gombak, Bandar Tun Razak dan dia nye Mobile bus. Huhu, cabaran baru. Tengah gain pengalaman dalam bidang security. Sejak lepas grad ni aku suka kerja2 aku ni. Sebab apa ek? Haha, jawapannya mudah. Sebab mencari kelemahan orang lain. Tapi scope kerja lain dah skang. Dulu semua system/application ja. Sekarang more to network, microsoft, wifi, linux dan penetration testing.

Nak catchup benda baru satu kerja yang mencabar. Semua boleh tolong kat opis ni. Tapi masalahnya semua busy ngan project memasing. Gile tak sempat nak belajar ngan orang. Terpaksa belajar sendiri. Jawapannye, terkontang kanting la sesorang.

Tools semua main cakap mulut je, tak sempat nak tgk. So kena la donlod dan godek2 sendiri. Tidak sape nak ajar. Kena la belajar sendiri. Wah, lepas ni leh apply jadi lecturer security la. Mcm bro. Adli ;)

Tempat baru ni lebih Islamic. Mmg terasa suasa UIA tu ada kat sini. Mana taknya, adanya program tadarus al-Quran, Ceramah Agama, Tahlil, Majlis Berbuka dengan anak2 yatim dan sebagainya. Siap ada kuiz agama lagi. Haha, mmg rasa seronok berbanding dengan tempat lama. Mungkin tak semua orang rasa seronok.

Apapun lepas security assesment ni kiteorang akan focus kepada SCADA security. Apa tu SCADA? search sendiri. Akupun search sendiri je dulu. So leh la aku wat research SCADA ni. :p mana tau leh apply master by research lepas ni kan. Mcm Faheem buat ;)

Ahha, lupakan hal kerja, hal baby dan mama balik jap. Bile la baby nak keluar pun tak tau. Takpe, kasik mama rehat dan puasa dulu. So tak de la ganti lelebih nanti kan mummy kan :p. Eh, ade orang pelik, panggil ape si bakal ibu ni nanti. Kekadang sebut ibu, mama, mummy, umi .. ahah. tak kisah la. Biar baby yang tentukan bile dier leh cakap. So sebelum dia leh cakap, abah dia kasik pening lagi. Biar dia pikir nak panggil apa. Semuanya sama ja :D

Ok la, panjang2 pun orang malas baca jap lagi kan. Thanks dan salam ramadhan. Kejap je seminggu dah nak berlalu kan .. selamat berpuasa semua..

Regards,
TeMMon~

Ulasan

Hafizzul Kamarudin berkata…
wah mencabar gak...lepas ni ko ajar aku lak jat eh...jangan buli aku plak mentang2la aku junior ko..hahha
humaimee berkata…
All the best sahabat :) use linux with caution my fren ... ari tu try archlinux habih terdelete data dari komputer .. hehe... seb baik ada backup ... kehehehe.

Catatan Popular