Hyderabad: Pengalaman 5 hari Bekerja di sana~

Salam,

Siapa sangka aku dapat jejak Hyderabad walaupun 5 hari ja. Dahulunya kalau XXX minta pergi ke mana sahaja. Jenuh kami memikirkan alasan untuk menolak. Tetapi sekarang tidak seperti dulu. Lebih stabil dan penuh gaya. Cuma kesombongan skit bagi mereka yang berada di Management part. Kenapa? Sebab tak mau memahami konsep pekerjaan/perniagaan di luar India. Patut mereka memahami dan memisahkan management India dan tempat2 lain. Baru la leh maju dan jarang orang cari tempat lain untuk beralih angin~ Ops, terluah sudah~!

Apa pun hyderabad adalah bandar penuh dengan teknologi boleh aku katakan. Mana taknya, depa pun ada bandar yang bergelar Hi-Tech City. Company2 gah besar dunia seperti Oracle, HSBC, Wipro, Infosys, Delloite dan sebagainya menapak kat Hyderabad. (wah, bunyi macam best~!)

The best part bagi aku, time aku pergi, cuaca dingin menusuk kalbu cuba tengok aku google dalam gambar bawah ni:


Sejuk la juga kan, kalau nak banding malaysia. Tambah2 bila malam~! Suasana macam kat Cameron Highland la.

Sebenarnya XXX ni sungguh besar kat Hyderabad. Aku gi dua tempat. Pertama kat Bahadurpalli, sini sebenarnya training center XXX. ELTP dari Hyderabad banyak datangnya dari sini. Dorm nya bangunan sahaja ada lapan biji. Gila, macam kolej swasta kat Malaysia. Tu pun kat kolej yang mahal2 macam MMU/Uniten dan sebagainya. Cuba tengok google maps aku screenshot kat bawah ni:


Tempat aku kerja kat IT Block -1 tu. Banyak project banking menapak kat situ. Atas antara CB Block dan Convention Center tu ada Zoo. Mantap tak company aku? Ada Zoo bagai.. Swimming pool dia pun besar. :P Tempat ni tercorok kat HULU Hyderabad. Tapi best, sebab kalau aku ELTP sini dan kerja kat sini. Aku rasa aman, dan malas nak pindah macam ke Hi Tech City yang penuh sesak~! Bangunan2 tu semuanya besar belaka. Nampak ja kecik dari satellite.

Tapi yang tak bestnya dari segi entertainment. Walaupun ko duduk dorm company IT. Ko takkan dapat Internet/Broadband wired/wireless. Tak leh berhubung dengan dunia luar terutama Malaysia selama 5 hari agak janggal aku dibuatnya. :P

Lagi satu kalau nak keluar ke bandar, ambil masa dalam 2 jam. So not worth it~!!!! Habis kerja kul 6.. tunggu teksi kul 6.30 petang.. sampai 8.30 malam atau 9 malam. Apa yang ada? separuh kedai dah tutup. Haha.

Aku sempat kerja di Hi-tech City untuk sehari. Dari Bhadurpally (gambar atas) ke Hi Tech city (gambar bawah) ambil masa hampir 2 jam untuk sampai!


Di bangunan yang bertanda "XXX" SEZ tu, ada 8 Level (kalau tak silap), setiap level ada dalam 6 ODC (kawasan office) sangat besar berbanding Malaysia. siap wing satu lagi tu.. setiap level leh ada dalam 10 ODC at least kot.. gilos XXX ni!

Memang ada perasaan bangga kerja kat XXX. tapi tu la. Kalau aku orang India dan kerja kat sana aku rasa la gahnya. Tapi dah kerja kat Malaysia ni, tak rasa apa2. Orang siap tanya lagi, XXX tu apa?

Satu lagi yang tak bestnya pi Hyderabad ni adalah aku kena kerja dan tak dak masa untuk berjalan. Dan geng2 lelaki yang pergi semuanya dah kahwen dan nak balik awal ke Malaysia sebab family matters. So tak dapat merasa berjalan sangat. More towards bekerja ja. Sob3x~!

Nyway, ni adalah pengalam yang sukar dilupakan sebab aku selalu imagine India lebih teruk dari itu (mungkin sebab Hyderabad maju skit kot).

Paling thrill? Haha, tentulah jalan rayanya! Bos aku, keluar jalan besar, tanpa perlu lihat kiri kanan. Time tu aku duduk sebelah pemandu, dan bila terdengar horn dari sebelah kiri, aku toleh, rupanya lori lalu. Tapi mereka sangat peka dan lori tu leh berhenti! Dem thrill! Gila susah nak cari pengalaman degupan jantung laju atau terberhenti seketika macam tu. No wonder banyak accident kat India dan tak dak langsung lampu isyarat sepanjang perjalanan aku di Hyderabad! Haha

Kalau dapat pergi lagi sekali, memang aku takkan tolak. Cumanya jangan la kena transfer kerja di sana :P

Best,
TemMoN~

Ulasan

Shy Syaz berkata…
beruntung la ko dpt pg hyderabad. kenangan aku kat xxx yg dpt pg over the sea pon kat singapore jer..
tp kira ok la gak sbb bole blk msia time weekends. aku pon xmo kene transfer ke india..bila dh kawen dh byk komitmen hati rasa berat nak tinggalkan family kan..
bini edy berkata…
aku rasa bersalah pulak sebab memulakan akronim XXX utk cmpany ni dalam blo aku dulu2 smpai jadi ikutan smpai skrg. dah rasa macam korang kerja di syarikat porno hahaha...

eee bestnye xxx yeee..tp btul, patut pisahkan management each country,x yah la nak pusatkan ke sana jekk...banyak pusing
izla berkata…
upload la gambar kat hyderabad banyak2..kasi jeles orang lain.. huhu~~~~
Afida Anuar berkata…
he he...bab jalan raya kat India sangat mencabar... bising dengan hon! tapi yang ajaibnya, kemalangan kurang, tak macam malaysia!

wahh siap ada gambar satellite tu...cuba cari infosys thru satellite, nampak tulisan infosys;). Eh infosys mysore la tapinya..hehe

PS: mana gambar2? nak tengok!

PS2: Tadi jumpa alia dan ibunya.. ya Allah, comel sungguh alia, tak lama lagi akak dapat menantu la ko jat
M@YaZ berkata…
Shy - ok la tu. singpore. Gaji banyak. Aku ke hyderabad, gaji malaysia.. :P btw kalau ada opening mau masuk balik ka? lalala~

bini edy - ko kan power~! Ko nye power to seduce people to use the word.. apa pun penggunaan xxx ni sebab time tu kan bising2 .. kita blog pakai nama satyam.. actually patut time tu dah turnaround.. they should read what we wrote back then.. derang kena analyze mana kelemahan derang.. btw.. derang still ego utk meneruskan tanpa melihat masalah.. itu big problem XXX!

ila - akan cuba upload nanti. Tapi tak banyak. Ada video skit tapi tu pun tak clear..

kak fid - hehe.. sangat mencabar kot~! Gambar tak banyak. Sebab gi keje je kak. Kat office mana leh tangkap gambar. Asyik kena tahan ngan security ja. Boss pun suruh senyap2 bawa kamera tu..

infosys power.. tok pa pun pi melawat.. haha, rindu ka? try la apply infosys. Mana tau depa mau amik lagi. hehe

wah .. tak lama ek kak.. dah masuk tiga tahun dah.. sekolah pun masuk Playschool dah.. besaq sat ja~!

Catatan Popular