Muhasabah Diri: Kiamat~

Salam,

Tazkirah Muhasabah Diri by Ustaz Don Daniyal. Ada yang dah dengar, tapi ulangkan lah untuk memperingati diri kita yang sering lalai~



Rumusan tanda2 kiamat:
1) Selalu berlaku gerhana (bulan dan matahari)
2) Selalu berlaku gempa (sekarang selalu berlaku gempa. Tak percaya? tgk gambar bawah)

Bulan March sahaja dah 3 kali~

Golongan tidak akan masuk syurga/tidak dapat bau syurga yang belum Rasulullah lihat [sekarang sudah dapat lihat] (dari hadis sohih):

Daripada Abu Hurairah ra berkata: Rasulullah saw bersabda: 
Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama- golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. 

 Kedua- perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang-lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. 

 Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh. 

(Hadis riwayat Muslim)

Regards,
Abu Aiman~




Ulasan

NHY berkata…
Syukran ya Abu Aiman, fr the reminder - moga menjadi pahala yg bpanjangan :)

Catatan Popular