Hidup Bersama - A. Samad Said

Assalamualaikum Semua,

Meh dengar kejap puisi dari orang tua hebat ni.. makan dalam ke tak sendiri rasa.. :D



Hidup Bersama – A. Samad Said
Kita sudah sampai di lereng amat indah di bawah pelangi
Dalam ufuk yang masih mencabar
Dan kita ikhlas berjanji untuk bermaruah
Tenang dalam segala uji cabar dan debar
Kita mencari hanya yang tulen dan jati
Sekata hidup mengerti dan berbudi
Kita wajar mendaki lagi kerana puncak yang jauh
Dalam gelora dan tofan tak tercalar tekad kita
Kerana kemerdekaan mengasuh kita bersuara dalam sopan
yakin menyanggah musuh tulus menambah kawan
Inti tonggak dan menara kebahagiaan
Kita datang bersama anak-anak yang sedia
menyanyi, sihat, teguh, bertekad dan berani
mengelilingi tasik mendaki gunung
Kita mengajar mereka berjiwa besar dan berbakti
Tanah air akan indah megah dan bermaruah
Jika kita sentiasa mensyukuri anugerah allah
dan bumi akan subur makmur dan mewah
Jika kita bekerja dan berikrar
Hidup bersama
Tanah air memberi banyak mesra mendakap kita
Kemerdekaan mendorong kita berdiri dan berbakti
dan kita sudah sampai di lereng indah
Pasti tetap mendaki juga
Menyanggah musuh menambah kawan
tanpa jenuh khuatir juga tanpa rawan
Dan dalam alaf baru
semangat kita wajar padu
berjalan kita atas nama tanah air dan bangsa
Bangga kerana merdeka megah kerana bahagia
Anak anak kita bakal datang tangkas dan berilmu
dan kita dalam sejarah bakal syahdu dan bangga
Kerana awan yang indah lapis pelangi lebih mesra
Wajah diri dan inti peribadi kita
tunjang bagi kehidupan dan kemerdekaan bangsa
yang sentiasa sedia belajar mengerti dan tekun
Hidup bersama
Sekian,
Abu Aiman~

Ulasan

Catatan Popular