Kesedaran Jalan Raya Malaysia Terlalu Rendah

Berita dari Paultan.org dirujuk:


Wahai Pengerusi MIROS,

Tidak dapat tidak, aku bersetuju dengan penambahan kamera AES untuk mengajar kita agar lebih berhemah, namun pelaksanaan di Malaysia lebih kepada menghukum dari mengajar pengguna. Kesedaran yang dilakukan tidak cukup tinggi untuk mengajar pengguna jalan raya Malaysia agar lebih berhemat.

Sebelum melaksanakan penggunaan kamera AES dengan lebih meluas, alangkah baiknya jika MIROS mengkaji point-point dibawah untuk menggalakkan pengguna lebih berhemah

  1. Setiap tempat dimana AES dipasang, sila tambahkan tanda peringatan agar pemandu tidak leka. Ia tidak semestinya hanya papan peringatan. Di UK sendiri kamera AES ini dicat dengan warna kuning dimana semua pengguna pasti akan dapat tahu bawa tiang AES dipasang dibahu jalan. Sesetengah jalan raya di UK juga dicat kuning di tempat sensor AES dipasang. Ini lebih kepada memberi pengajaran dari menghukum. Jika pengguna masih bebal, berbaloi la ianya dikenakan sebab banyak langkat peringatan diberikan sebelum menghukum pengguna.
  2. Had laju kebangsaan Malaysia tidak jelas. Tengok sahaja AES di Putrajaya (70km/j) berbanding AES SKVE (80km/j) dengan bentuk jalan yang sama mengapa ianya berbeza had laju? Sedangkan ianya 3 lorong yang sama dan berdekatan simpang. Had laju jalan raya tidak dapat di agak oleh pengguna jalan raya terutamanya bagi pengguna yang tidak pernah sampai dikawasan tersebut. Lalu hukuam AES dikenakan tanpa ada didikan yang kukuh?
  3. Paling teruk adalah pemberian kesedaran agar pengguna jalan raya Malaysia menggunakan lorong yang betul. Apabila tidak memotong, haruslah menggunakan lorong kiri sekali. Bukan jadikan lorong kiri sebagai lorong kenderaan berat sahaja. Didikan penggunaan lorong kiri di lebuhraya perlu diperluaskan. Cara memoton kenderaan di lebuh raya juga perlu pendedahan yang berkesan agar pengguna tahu jika salah anggaran kelajuan dan mengagak kenderaan di belakang, kesesakan lalulintas akan bermula dari mereka. Pernahkah anda sangkut kesesakan tanpa tahu kenapa ianya sesak? Ya, inilah puncanya. Secara tidak langsung ia juga mengajar pengguna agar tidak memotong Q.
  4. Kesedaran penunggang motorsikal bagi pengguna jalan raya juga perlu diperhebatkan. Had laju motorsikal ketika menunggang di kawasan sesak juga mungkin perlu diwujudkan. Dengan had laju yang tidak dikawal dan kelemahan pemandu kereta yang bebal, banyak kemalangan motorsikal berlaku; dengan tidak semena-mena menambahkan lagi kesesakan lalu lintas tersebut. Mungkin ramai tak setuju dengan penyataan ini, tapi kalau kerajaan mengambil langkah untuk memperkenalkan undang-undang penunggang motorsikal Australia kepada  Malaysia macammana? Pening rakyat marhaen nanti.
Harap MIROS dan agensi yang berkaitan dengan pengguna jalan raya dapat menumpukan lebih kepada kesedaran dari menghukum agar rakyat.

Yang Benar,
Abu Aiman~


Rujuk: AWAS SPEED TRAP

Ulasan

Catatan Popular