Short life updates~

Salam,

Lama tak hapdet kan?

Okeh, meh update skit untuk korang pasal life aku:

  • Aku: Baru lepas amik exam isnin (11-1-2010), alhamdulillah lulus.
  • Zaujati: Kompem akan berada di Menara TM, alhamdulillah, dulu dia sangat tak mau Menara TM, sekarang dah leh terima. Kat Menara tu lagi best dari kat Cyberjaya (Maaf Makcik :p)
  • Alia: Dah 4 bulan 2 minggu, meniarap sendiri tak lepas2. Papa ckap kaki kena stret, jgn bengkokkan. End-up nangis kalau tak lepas. Sebab cuba lebih 20 kali ada la. Haha. Dah pandai tatih kalau ada mood. Dah campur susu dengan beras.
Banyak benda belajar di tempat baru. Sekarang lagi banyak berdikari dan buat sendiri. Tak macam dulu. Sekarang sampai atas kena involve dan beri pendapat. MNC mana ada camnih, tak tau la ada MNC camnih gak. Hehe. Tapi best sebenarnya tempat kerja baru ni. Baru rasa kerja skit. :p

Wedding pun dah banyak pi tapi tak sempat tangkap gambar macam dulu. Nanti nak start amik gambar balik. Kepada kawan2 yang nak kawen tu, kalau leh bgtau la at least melalui mulut. Awal dua bulan lagi bagus, sebab weekend aku sangat limited rasanya skang ni.

Kadang2 orang tanya aku pasal politik. Aku ckap, lepas nizar jatuh, aku tak mau amik tau. Aku tak setuju cara nizar amik tindakan bila dia jatuh. Lepas dari peristiwa tu aku mmg tak ikut langsung politik. Output ja ikut, contohnya apa diorang conclude dari parlimen dan sebagainya. Tu pun kalau rajin.

Sebenarnya tgh tunggu kalau ada opening pensyarah muda kat UUM atau UNIMAP. Ingat nak mengajar plak lepas ni. Tapi presentation skills kena asah. Sebab sendiri present pun tak lepas. Pengajar terbagus perlu asah presentation skills dia. Aku ni kalau present kat kumpulan kecik, 4-5 orang boleh la kot. Tapi kalau terlampau ramai, kekok dan beku jadinya.. Haish..

Transfer knowledge ni tercetus selepas masuk universiti dahulu. Masa t pernah terdetik nak buka cybercafe + kelas komputer di kawasan yang tak ramai dapat internet. Sebabnya ramai yang tak pandai pakai komputer/repair komputer sendiri di kampung. Selalu tertipu dengan kedai2 komputer di bandar2 besar. Rosak motherboard dan sebagainya. Asas hardware tu penting juga sebnarnya.

Ahah, melalut seorang diri pun tak guna. Bukan ada orang yang suka pasal diri aku ni kan. Aku tgk balik diri aku ni, aku tgk aku ni jenis yang banyak cakap, tapi bila implement, tak semua aku accomplish. Banyak tergendala. Haish..

Hidup tak selalunya indah kan.. kita perlu corakkan supaya ianya indah

Regards,
TeMMon~

Ulasan

@naBest berkata…
Eh. Ai suke la menara. Haha

Congrats sbb lulus cert. Gaji naik,jgn lupa saya na..

Alia, cayok!! Mama sentiasa sokong si-montel-alia
Nur Aisyah Humaira berkata…
papa alia demo la depan alia selalu.. tunjuk kt alia cane nk pusing meniarap tu.. tunjuk 1 1 n terang kn.. humaira pun aku buat cmtu.. skrg ni posisi merangkak da betol.. cuma xckup kuat je lg.. perut berat kot cm ayah humaira. hahaha..
M@YaZ berkata…
mama: hehe .. Gaji naik? bile mase naik?

humaira: hehe .. takleh .. papa alia kalau baring je terus dengkur .. wahaha ..
Husna berkata…
mmg menara best..tp makcik selesa kt Cyber..lalala

Catatan Popular