Cara mudah pergi Haji~

Salam,

Abaikan tajuk seperti ajak masuk MLM tu.. :P

Terdengar dalam Radio pesanan pasal Haji. Tak ingat bila secara tepatnya, tetapi ustaz yang bercakap dalam radio berpesan kepada seluruh rakyat Malaysia dengan pesanan:

"Jika anda mampu membayar astro setiap bulan, maka anda mampu mengerjakan haji tanpa alasan anda tidak MAMPU"

Ada benarnya. Mari kita congak skit. Kalau Astro RM60 setiap bulan, maknanya RM720 setahun.. Maknanya dalam 10 tahun anda akan dapat dalam rm7,200. 20 tahun dari sekarang anda dah belanja rm 14,400 untuk astro. Wow~!

Ya! mungkin time tu perbelanjaan untuk mengerjakan haji meningkat. Kalau meningkat, mesti bayaran langgannan astro pun sudah tentu meningkat. Lihat sahaja sekarang ni, HD sahaja dah charge rm20/month. Sikit? Itu baru sebulan. Kalau setahun dah rm240. 20 tahun dah rm4,800~! Dan wang simpanan anda lebih rm15,000 (rm60 sebulan tadi dan rm20 HD byond) simpanan tanpa dividen dari pihak pelabur.

Minimum daftar haji RM1,300. Mari paksakan diri untuk menyimpan sekurang2nya RM100 sebulan mulai sekarang. Maknanya setahun satu bulan (13bulan) kita dah boleh amik number giliran untuk ke Mekah.

Mari menabung untuk bersama2 menunaikan rukun islam ke-5. Yerp, aku pun belum register lagi. Belum cukup simpanan dalam Tabung Haji untuk sebulan dua ni. Tapi isteri tersayang dah cukup dan dah register haji. (mungkin 2023 dapat pergi) insyAllah. Kalau ada modal yang lebih, boleh pergi lebih awal. ;)

Register awal untuk amik number. Jgn lengah2kan. Sementara muda dan kuat mari kita tanam azam bersama-sama.

Regards,
TeMMon~

Ulasan

Humaimee berkata…
حيّ على الحجّ

Mari kita tunaikan Haji :)
Afida Anuar berkata…
Jat, kalau ikutkan giliran tabung Haji, akak boleh pi buat Haji time umur akak 60 tahun!...
M@YaZ berkata…
Humaimee - haiya haiya~

Kak fida - sebab tu kita simpan je duit. Kalau ada lebih kita masuk package. Leh gi muda :D
pali at blog berkata…
Baru2 ni ada dengar tazkirah pasal haji ni kat tv. Kalau kita daftar dan pasang niat nk gi mekah, lepas tu meninggal dunia. InsyaAllah kita dah dapat pahala haji.
M@YaZ berkata…
betul tu. Apapun niat.. tapi niat kena pasang usaha juga. Jangan niat tapi takdak usaha untuk melaksanakan niat tersebut.. ;)

Catatan Popular