Rumah

Salam,

Bila dah kahwen ni, semua nak settle down. Nak beli kereta, nak beli rumah. Nak duduk dengan selesa. Kita lupa semuanya. Kita lupa dunia ni milik Allah. Kita lupa segalanya milik Allah.

Setelah beberapa kali ulang aku tgk youtube pasal rumah Rasulullah. Ya, aku baru tahu pasal youtube ni. Aku rasa sedih. Rumah semua orang terutama orang malaysia 1000x lebih baik dan selesa dari rumah Rasulullah. Itu pun masih merungut. Masih mahu mencari yang selesa untuk beradu. Mahukan aircond kerana panas. Mahukan segala2nya. Kalaulah Rasulullah bersama2 kita sekarang..


Kita mungkin terdetik dalam hati, tu rumah dulu2. Memang la macamtu. Dah selesa dah macamtu. Ya Allah, ampunilah dosa2 kami.. Kami selesa di rumah kami sehingga sedikit mengerjakan ibadah kepada-Mu Ya Rabbi~

Bagi aku, dengan Rasulullah duduk rumah macamtu, senang dia dapat dekat dengan Allah. Sebab sangat tidak mengejar dunia. Apalah sangat dunia. Semuanya pinjaman. Yang penting boleh tidur sekejap. kemudian bangun semula untuk beribadat kepada Allah. Ya Allah, berikanlah petunjuk kepada keluarga kami dan seluruh umat Islam untuk mencontohi Rasulullah..

Teringat ustazah dan ustaz di sekolah pernah bercerita zaman mereka belajar di Nilam Puri. Tidur tidak beralaskan bantal. Tidur atas lantai yang sejuk dan berbantalkan buah kelapa. Kenapa? Kerana tidak cukup masa untuk menimba ilmu dan menghafaz apa yang patut seperti ayat2 suci quran. MashAllah, cintakan ilmu sampai begitu sekali.

Bandingkan dengan cara kita menuntu ilmu zaman sekarang. Subhanallah, selesa. Katil baru, tilam rosak skit terus minta tukar baru. Alasan sebab kita bayar. Lari sungguh motif2 belajar kita dengan mereka yang cintakan ilmu Allah. Belajar ikhlas untuk memenuhi ilmu di dada dan berkongsi dengan semua orang yang dahagakan ilmu.

Sempena tahun baru Maal Hijrah, aku berazam untuk menuntut ilmu dan tambahkan amal ibadah pada Mu Ya Allah. Bukakan lah hatiku dan hati2 sahabat2 seluruh dunia untuk mendekati Mu Ya Allah~ Amin Ya Rabbal Alamin~

Regards,
TeMMon~

Ulasan

Afida Anuar berkata…
Amin...insyaAllah....

Jat, terima kasih...

Catatan Popular