Arah tuju kenderaan pada masa hadapan~

Salam,

Tetiba ja aku nak jadi skema jap na~

Aku nak share skit pendapat aku pasal kereta. Semakin hari semakin banyak. Nanti pasa masa hadapan takkan makin berlambak? Jalan raya pun dah sampai had untuk di besarkan. Nak buat lalun bertingkat pula makan wang dan masa berbilion2. Apakah solusi yang ada sekarang?

Saja search dalam youtube. Terjumpa Pod Cars dekat London Heathrow. Kereta berbentuk capsule, berjalan secara automatis tanpa pemandu. Tidak perlu risau penggunaan minyak kerana ia menggunakan teknologi batteri sepenuhnya. Apa yang kita dapat lihat di Heathrow melalui Youtube (atau ada kawan2 dah dapat merasa naik secara langsung) adalah hala tuju kenderaan di dunia.




Teknologi semakin pesat. Harini keluarkan gadjet teknologi baru, esok boleh dikatakan tidak baru. Pesaing akan berusaha untuk menyatakan bahawa produknya lebih baik dan ianya seolah berterusan tanpa sempadan.

Untuk pengeluar kereta, aku rasa perlu ada bahagian Research and Development untuk mengkaji teknologi2 baru macamni. Proton sendiri boleh mengorak langkah baru dengan terjun sama di dalam bidang kereta seperti Pod Cars ni. Aku rasa sangat berbaloi kalau ianya boleh diimplimentasi di Malaysia. Hanya gunakan jalan sebesar jalan moto sahaja, ianya dapat bergerak.

Pendapat aku, ianya boleh di kembangkan melalui rangkaian transit aliran ringan yang sedia ada. Cuma sambungkan saja rangkaian tersebut. Contohnya, Kelana Jaya line (atau Putra LRT) hentian terakhir di Kelana Jaya sahaja. Teruskan dengan Pod Cars ni, boleh menjalar ke Tabung Haji, Sunway Pyramids, Summit USJ.. boleh juga menjalar ke Glomac, Airport Subang Jaya, Kg. Melayu Subang..

Kalau dapat dilaksanakan sebegitu rupa, insyAllah dapat mengurangkan kesesakan yang sedia ada di jalan raya.. Pengeluar kereta seperti Proton juga masih berdiri teguh kerana Pod Cars concept ni dekeluarkan oleh mereka juga.

Cetusan idea dua kupang yang sgt skempos.

Best,
TeMMon~

Ulasan

Catatan Popular